Friday, December 2, 2011

bicAra tentang mahar..

andainya dapat engkau mendengarkan
suara hati melagukan rindu
kiranya engkau dapat mentafsirkan
setiap bait kata-kata yang terucap

pasti dirimukan memahami
harapan kasih yang terbina
sekian lamanya di sudut hatiku
hanyalah untukmu

bukannya aku sengaja
melindungi rasa di jiwa
namun bimbang hatikan terleka
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
hingga terabai segala cita
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran

apakah mungkin engkau mengerti
setiap cinta yang dilafazkan
bukannya sekdar mainan tetapi
sebuah janji..



Friday, October 14, 2011

.::sometimes we forget it::.

assalamualaikum buat sahabat sekalian...yang sudi follow blog saya....
untuk coretan kali ni....saya ingin menceritakan satu kisah...

ada seorang pengembala kambing sedang menjaga kambing-kambing kepunyaan tuannya....datang seorang saudagar bertanyakan 
" wahai saudara, jualkanlah kambing-kambing tersebut kepada saya...nescaya saya akan berikan ganjaran yang tinggi..."
namun pengembala kambing itu menjawab,
"tak boleh,ini kambing kepunyaan tuan saya...."
"tapi tuan kau tidak ada di sini...jikapun dia bertanya tentang kambing-kambingnya bagitau lah dimakan oleh serigala di hutan ini..tiada siapa yang nampak kalau kau menjualnya di sini",jawab saudagar itu..
tapi, si pengembala menjawab 
"Di mana Allah? "

so daripada cerita di atas, ape yang boleh diambil iktibar ialah janganlah kita merasakan Allah itu tidak wujud...sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar...
kadang-kadang kita lupa akan adanya Allah di sisi kita sehinggakan kita lalai dan lagha dengan duniawi dan keseronokan.... so ambillah iktibar daripada cerita yang dipetik di atas...

"Ukhwah Fillah"....RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....


SENTIASA INGATLAH ALLAH ITU SENTIASA ADA DAN TAK PERNAH TIDUR...=)


BERPEGANG TEGUH LAH KEPADA AJARAN AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


ma'ssalamah.....wailalliqa'......:)

 
 
 

Sunday, April 10, 2011

c0retaN kini

assalamualaikum sahabat.....
setelah sekian lama tidak meng 'update' blog ni...
maklumlah busy sikit belakangan niey....anyway, kpd sesape yg rindu kat sy..
feel free to sms me, facebooking me,chat with me etc....i will respond to those who do it...


baeklah utk madah hari niey,
sy ad trbaca petikan di iluvislam.com pasal hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam..
petikan:


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

berdasarkan petikan ini, kita dpt menilai seberapa luhur,besarkah hati yg kita miliki ini....
iktibar yg dpt diambil dr petikan di atas, berusahalah menjadikan hati kita sebesar kolam supaya segala musibah, dugaan yg kita hadapi dpt diatasi dgn ikhlas dan redha...

hati anugerah ALLAH yang tak ternilai....sikap kita,amal kita mempamerkan sesuci mana atau semurni mana hati yg kita punyai...
oleh itu, bersama2lah kita menjaga kesucian,kemurnian, keluhuran hati yg satu ini....
**RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL**

kolam, pond, iluvislam.com

Saturday, March 12, 2011

Hati anugerah Allah


mcm yg semua tau,hati anugerah Allah yg suci....
setiap prbuatan yg kita lakukan melambangkan tahap kesucian hati kita..
andai perbuatan kita buruk,maka buruklah  hati di dalam tue...
andai kita brkelakuan baik,maka baik dan sucilah hati kita....

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

namun, ramai yg xmnjaga hati dgn sebaik mungkin....
mereka menggelapkan hatiny dgn maksiat2 yg xsharusnya dilakukan...
walhal mereka sdr akn kepntgn hatiny, mksiat2 tetap dlakukan spt mengumpat,brcerita keburukan org dll...nauzubillah.....

di sini saya nk share2 maklumat dgn sahabat2....:

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
01. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - \[Surah At-Taubah:54]
02. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
03. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
04. Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


oleh itu,jagalah hati kita sebaik mungkin....
___renung2kan dan selamat beramal___ ^^,

Friday, March 11, 2011

sifat pemaaf

mengapakah sukar untuk seseorang itu menuturkan kata-kata "saya maafkan kamu","forget everything,i forgive you"?
kadang-kadang disebabkan kata-kata hikmat itu xdiucapkan, pergaduhan berpanjangan akn berlaku. yang peliknya, walaupun semua org tau nilai sebuah kemaafan itu amat penting dalam hubungan tapi mereka seakan-akan xpedulikan semua tu....
Buat sahabat2,teman2...renungkan hadith ini:

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."
di sini sudah jelas, barangsiapa yang mudahnya memaafkan org laen, kedudukannya pasti mulia di pandangan ALLAh...
Apakah yang dinanti lagi sedangkan kebaikan sudah jelas di pandangan mata??

__renung-renungkan dan selamat beramal__^^,

 

Thursday, March 10, 2011

bicara kata

assalamualaikum...
bicara kataku bermula di sini..
blog ni bru dibuat oleh saya
org ad blog,kita pn nk blog jugak....xmalu kn?haha

anyway,hope with this blog i will be more familiar with others blogger